SELAMAT DATANG DIBLOG BEJOSENTOSO

Rabu, 23 November 2011

Khasiat Surah al-Ikhlas Khasiat Surah Al Ikhlas. 1. Barangsiapa yang membaca Surah Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca sepertiga Al Quran" - ( HR Ahmad dan An Nasai) 2."Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga, maka seakan-akan dia telah membaca Al Quran seluruhnya" - ( HR Al 'Uqaili dari Rajaa Al Ghanawy) 3. " Barang siapa membaca Surah Al-Ikhlas sebelas kali , Allah membangun rumah untuknya di syurga". - (HR Ahmad dari Mu'az bin Anas) Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa keutamaan Surah Ikhlas. Kerana dalam Surah Al Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan kemurnian atas keesaan Allah swt. Pernah ada seorang sahabat Nabi saw datang kepada beliau menceritakan bahawa dia selalu memperbanyakkan membaca surah Al Ikhlas di dalam solat kerana kecintaanya. Lalu beliau bersabda kepada sahabatnya itu: ' Kecintaanmu kepada surah Al Ikhlas itu dapat memasukkanmu ke syurga". Khasiat beramal membaca Surah Al Ikhlasa. Antarnya. 1. Untuk mendapatkan kebaikan d dunia dan di akhirat: Caranya, bacalah surah Al Ikhlas setiap hari sebagai amalan sehari-harinya. Insya Allah berkat surah Al Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. 2. Untuk mencapai segala yang dimaksud. Caranya: Bacalah surah Al Ikhlas 1,000 kali pada waktu antara solat maghrib dan Isyak. Setelah selesai membaca berdoalah kepada Allah minta apa yang dihajati. Insya Allah Tuhan akan mengabulkan semua yang dimkasud atau hajati. Tambahan: 1. Aisyah ra berkata: Apabila Rasulullah saw mengadu atau merasa sakit pada bahagian badan, baginda membaca ayat-ayat berikut pada tapak tangannya yang kanan, kemudian menyapukan kepada tempat yang beliau rasakan sakit itu: 1. Qul Hu Wallahhu Ahad 2. Qul 'Auzubil falaq 3. Qul a'uzura binnas 2. Jangan lupa mengawal diri sewaktu berada di tempat tidur. Aisyah ra, mengtakan bahawa apabila Nabi saw berada di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda menggengam kedua tangannya sambil membaca ayat-ayat di bawah ini, dan kemudian menghembus kedua-dua tangannya itu. 1. Qul Hu Wallahhu Ahad 2. Qul 'Auzubil falaq 3. Qul a'uzura binnas Setelah selesai membaca dan menghembusnya, baginda menyapu dengan kedua-dua belah tangannya ke seluruh tubuhnya sekadar mungkin, dengan memulakannnya dari atas kepala, muka dan jasadnya yang biasa kelihatan. baginda melakukan sebanyak 3 kali.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar