SELAMAT DATANG DIBLOG BEJOSENTOSO

Rabu, 23 November 2011

Seorang anak yang memuliakan kedua ibu bapanya walaupun ibu bapa telah bertukar menjadi babi Di zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut. Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan heranlah Nabi Musa akan tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam kamar kemudian membawa seekor babi betina keluar dari kamar itu, dia menggendong dengan hati-hati, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi terheran-heran dan berkata dalam hati ” apakah artinya semua ini?” Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dimasukkan lagi ke dalam kamar semula. Selepas itu pemuda itu keluar dengan seekor babi jantan pula dan lebih besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya juga. Selepas semua kerja selesai barulah ia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?” . “Islam agamaku” jawab pemuda itu ringkas. ” Habis kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa a.s lagi. Wahai tuan hamba kedua-dua babi yang aku bantu, dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mereka banyak melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang bodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tua ku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi”. sambungnya Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya, tambahnya lagi Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “Wahai Musa inilah orang yang akan bertetangga dengan kamu di syurga nanti hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dan bodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”. Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ” Oleh karena dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan / pindahkan ke dalam syurga”.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar